Sunday, November 1, 2009

Anak!

Ramai yang bertanya bila aku nak beranak lagi. Orang lain dah tiga, empat, lima yang aku masih dua. Nak2 Danish dah lima tahun. Last masa aku bersalin tahun 2004 masa tuh Yasmeen umur 3 tahun. Bayangkan lah gap dua beradik tuh. MCC pun asyik lar hint pasal kawan2 dia yang dah makin membesar keluarga dengan penambahan ahli.

Well, sebenarnya aku yang tak nak. Sebenarnya lagi, aku ada prinsip, yang mana prinsip aku adalah, aku go for "quality rather than quantity". Definisi Quality bagi aku mungkin tak sama dengan orang lain. Kualiti yang aku maksudkan adalah yang sebenar2nya berkualiti. Sebagai ibu aku ada tanggungjawab besar untuk memastikan kualiti dalam diri anak2. Mesti ingat yang anak2 adalah amanah ALLAH. Adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik dan mencorakan mereka.

Ye! ada yang kata apa masalahnya nak lahirkan anak yang berkualiti. Apakah selama ini keluargamu tidak dari kalangan orang yang berkualiti?

Dan Kualiti pada maksud orang itu mungkin adalah, bila dia melahirkan, anak2nya sihat, tiada cacat cela, boleh bercakap, boleh berjalan, makan cukup, pakai cukup dan membesar dan bekerja dan berkawin dan menghasilkan cucu pula kepada kita. cukupkah itu dikatakan berkualiti???

Ingin aku tegaskan apabila anak2 kita dibawah umur 7 tahun, cabaran belum lagi bermula sebenarnya. Didalam fasa itu si ibu hanya akan penat memikirkan bagaimana tak terlayan dengan keletah dan kerenah mereka pada waktu tertentu.

Tunggu sahaja bila mereka sudah menjejaki alam persekolahan dan baru kamu tau apa itu tugas dan tanggungjawab sebenar seorang ibu sementelah lagi, suami anda adalah orang yang sangat sibuk, hanya sempat luangkan masa dihari minggu...

atau pernah dengar peribahasa "didalam setandan pisang ada satu yang tak elok" dan Secara sedar atau tidak didalam sesebuah keluarga mesti ada 'peel' yang ini. betul kan!!!. tentu kita tidak mahu itu terjadi kan... nauzubillahhiminzalik...

Aku mahu anak2 aku berjaya didunia dan akhirat. Aku akan pastikan anak2 aku mendapat didikan yang sempurna dibawah jagaan aku. Setakat ini aku bersyukur Yasmin dan Danish menunjukkan aura yang positif didalam pembelajaran mereka. Yasmin terutamanya adalah anak yang mendengar kata dan sayang akan aku. Pernah dia berkata yang dia tidak mahu kawin kerana ingin membela aku sepanjang hayat. Dia juga kata ingin mati bersama ku jika diizinkan.

Tapi aku tegaskan itu semua kerja tuhan, ajal dan jodoh adalah kerja ALLAH. siapa lah kita untuk menentukan. Aku dan anak2 ibarat rakan. Aku jarang sekali menghukum mereka, kerana bagi aku, pukul anak tidak akan membuahkan rasa kesal mereka terhadap kesalahan mereka. Sebaliknya aku lebih suka pendekatan kaunseling. Bagiku ia lebih merapatkan hubungan kami. Tak susah kan!!!

"Mencegah adalah lebih baik dari Mengubat"!!
Betul. memang betul kata2 itu. cakap lah dengan anak2 sedari mereka kecil, walau mereka tidak paham apa yang kita katakan, tetap kita luahkan. Beritahu mereka tentang perkara yang indah, harapan kita sebagai ibu bapa, tanggunjawab mereka sebagai anak kepada keluarga, agama bangsa dan negara. Ulang2kan sehingga mereka besar sekalipun.

Mesti diingat! Bila mereka semakin besar dan di sekolah akan bercampur dengan ramai lagi budak2 lain, makanya akan berlakulah idealisme yang berbagai2 dari anak2 ini. Disinilah tugas ibu-ibu mesti memantau dan mempengaruhi mereka untuk terus bersikap positif dan tidak terjebak dengan benda2 yang tidak berfaedah. Latih dan terapkan dengan nilai2 rohaniah didalam diri mereka.

No comments: