Saturday, January 10, 2009

Anak lembab mungkin Disleksia

Suami mungkin merasakan anak anda lembap dan lambat menerima pelajaran.
Mengimbas kembali sewaktu kecil dia seorang anak yang aktif. Pada usia sembilan bulan sudah boleh berjalan, cuma pada segi pertuturan agak lewat.
Seperti kebanyakan ibu, anda percaya kalau anak cepat berjalan lazimnya lambat bercakap. Tetapi kalau mereka cepat bercakap biasanya lambat berjalan. Tambahan anak anda tidak menunjukkan kekurangan dari segi fizikal dan kecerdasan.
Kini anak anda sudah beralih ke darjah dua. Guru yang mengajarnya sering melemparkan komen anak anda suka bermain, gemar mengusik rakan, tidak memberi tumpuan kepada pelajaran dan tidak boleh duduk diam. Sesetengah cikgu pula melabelnya sebgai bodoh dan nakal.
Benarkah anak anda begitu, sebelum mengiakannya, lihat kembali buku-buku sekolahnya. Adakah dia masih lagi menghadapi masalah ejaan? Masih keliru dengan huruf dan angka? Bacaannya tunggang-langgang? Tidak tahu menyebut perkataan-perkataan yang panjang?
Menurut pakar neurologi daripada Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, Dr Sofiah Ali anak anda kemungkinan menghadapi masalah kesukaran pembelajaran spesifik atau disleksia. Disleksia adalah salah satu daripada empat jenis kesukaran pembelajaran yang telah dikenalpasti. Selain daripada Dysgraphia, dyscalculia dan attention deficit.
“Disleksia bukanlah satu kecacatan. Ia juga tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang,” jelas beliau.
Berdasarkan kajian American National Institutes of Health, satu dalam tujuh orang di Amerika menghadapi kesukaran pembelajaran. Bagaimanapun tiada data yang berkaitan di Malaysia.
Namun pakar kanak-kanak tempatan sependapat adanya peningkatan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan. Tetapi kajian terbaru menganggarkan antara 10 -15 peratus penduduk menghadapi masalah kesukaran pembelajaran yang serius.
Menghuraikan lebih lanjut mengenai disleksia, beliau berkata, “Manusia mempunyai deria penglihatan, pendengaran, bau dan rasa, Apa yang kita lihat, dengar, bau dan rasa akan diproses untuk kita menerima maklumat selanjutnya.
“Bagi penghidap disleksia mereka mempunyai masalah dalam memperoses maklumat yang diterima. Tidak benar pendapat terdahulu yang mengatakan mereka menghadapi masalah penglihatan dan pendengaran.
“Tiada dua pengidap disleksia yang sama. Setiap seorang menghadapi peringkat yang berbeza dan tahap yang berlainan. Ada yang ringan, sederhana dan serius. Sesetengah menghadapi masalah sukar mengenal sesuatu objek, yang lain mungkin tentang bunyi atau tidak dapat mengaitkan huruf dengan sebutan apabila beberapa abjad dicantumkan. “Pelajar disleksia tiada cacat celanya dari segi fizikal dan tahap kecerdasan. Mereka boleh berbual dan berbincang seperti pelajar lain. Justeru guru sering kali melabel mereka pelajar lembap, malas, bodoh, dungu dan nakal.
“Sebenarnya kalau kita berjaya mengenali masalah mereka pada peringkat awal pelajar disleksia boleh menjadi orang yang berjaya.
“Ramai tokoh tempatan dan dunia yang menghadapi masalah ini, termasuk golongan profesional dan ahli perniagaan.” katanya.
Menurut Dr. Sofiah mengenalpasti masalah disleksia di peringkat awal amat penting agar pendekatan dalam strategi belajar dapat diubahsuai. Biasanya pelajar disleksia yang berjaya adalah mereka yang berjaya menyesuaikan diri dengan ‘tuntutan pembelajaran normal’. Bagaimanapun bukan semua boleh menyesuaikan diri, ramai yang kecundang.
Pada tahun 1987 penyelidik Hillgreen menemui disleksia ada hubungkait dengan gen, iaitu pada kromosom 1 dan 15. Manakala kajian Candoz 1994 pula mendapati ia juga ada sangkut-paut dengan kromosom 6 yang menyentuh hal fonetik (bunyi bahasa).
Kajian juga menemui perbezaan saiz dan bentuk pada bahagian otak kanak-kanak disleksia berbanding dengan otak kanak-kanak biasa. Pada peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak, mereka banyak menggunakan otak kanan (bahagian kreatif). Kemudian perlahan-lahan cenderung kepada otak kiri (bahagian logik). Teori Hillgreen mengatakan peranan ini tidak berubah.
Bagaimanapun dakwaan yang mengatakan pendedahan kepada bahan toksik, seperti plumbum menyebabkan kanak-kanak hiperaktif dan bermasalah dalam pembelajaran masih belum terbukti.
Begitu juga pendedahan prenatal. Penyelidik masih lagi mengkaji kesan dadah, kimia, alkohol dan bahan pengawet yang berkemungkinan toksik kepada sistem saraf pusat dalam pertumbuhan janin.
Mengapa disleksia lebih banyak dialami kanak-kanak lelaki berbanding perempuan? Menurut Dr Sofiah Ali, sesetengah penyakit cenderung menyerang lelaki daripada perempuan dan sebaliknya. Begitu juga dalam kes disleksia.


kredit to http://www.anakku.net.my/

Friday, January 9, 2009

akad nikah ringgey










Hai.. mama, nak berbaby lagi ker... yg dua tuh pun kompelin penat... letih


m



Muammar Wazif... comelnya... tp comel2 pun anak orang.. bukan anak aku pun kan... tapi iye lar... aku musykil tau... apsal anak aku kecik2 tak penah nak debab mcm ini. nak gak anak tembam2 dan debab2 cam gini... salah satu sebabnya puan2 ialah, tidak memberikan susu badan kepada baby... kalu puan2 tak percaya... pompuan boleh cuba...

Sunday, January 4, 2009

MAJLIS KENDURI KAHWIN CIKGU AYU...

Semalam 3.1.09 kami pergi kenduri cikgu ayu dekat Sg Choh,
semoga cikgu ayu dan somi kekal bahagia sehingga ke anak cucu... aminnn....