Monday, October 19, 2009

KERUSI IDAMAN

aku dan MCC selalu bertekak dalam banyak perkara tetapi didalam nada yang paling harmoni sehingga jiran2 ku tidak sedar kewujudan MCC. ada yang suspek aku kini ibu tinggal kerana jarang nampak MCC dirumah. Itulah bahananya apabila suami anda terlalu obses dengan kerjanya sehingga isteri dirumah selevel priyanka chopra tidak dihirau nya.

baru2 ini kami decided to build store bawah tangga untuk letak barang2 yg terlalu banyak dalam stor kat bilik bawah. so bila dah siap store bawah tangga itu MCC noticed ada space yg cantik untuk dia letak kerusi macam kat bawah nih. Oleh kerana teruja dengan kerusi di hotel tempat dia menginap masa ke Gurun itu hari, MCC snapped gambo dibawah untuk dijaja kepada aku dengan harapan MCC akan berjaya jek aku untuk beli kerusi tersebut.


tapi aku kata "Oh No! I also have a dream chair, you know" "I also want it in this home". If you want, you buy yourself lar... MCC sangat shocked (bukan syiok okay) tatkala mendengar aku juga mempunyai cita2 yang besar. MCC mungkin ingat selama ini aku tade taste. Heloo, I nih banyak belajar dari Eric Leong Casa Impian... suka tak!!!!!!


dan inilah kerusi impian aku... aku gelarkan dia my prince charming .. tapi MCC tak tau apa itu WING CHAIR dan dia malas nak bing apa itu wing chair, padahal dia hari2 dok depan pc yang berkemudahan internet 24 jam waima dia ke toilet sekalipun. ini kerana dirinya dilengkapi sistem telefon yang canggih yang boleh akses segala benda didalam donia ini. tetapi... nan ado!!!

tapi takpe, kerana aku isteri yang rajin, aku akan akseskan untuk dia dan tanpa segan dan silu aku ingin beritahu inilah rupa wing chair wahai kekandaku. kenapakah dia dinamakan WING CHAIR adalah mungkin kerana, pada zaman napoleon dulu, pasangan suami isteri istana yang bergaduh akan saling membaling kerusi ini ke satu sama lain. atau dalam makna lain nya kerusi ini boleh terbang. tak percaya? suka ati lah. tapi aku tetap mau ini kerusi.

tetapi apakan daya, rumah kami sempit. mana kami nak sumbat semua kerusi ini. jadi setakat ini kami hanya berangan dulu untuk mendapatkan kerusi2 idaman kami ini. untuk sementara itu kami akan terus bertekak dengan cara yang paling berhemah untuk isu lain pula, iaitu adakah kami akan mengantikan tangki air yang baru atau tampal saja tangki yang bocor itu. tangki itu sudah berapa kali bocor dan tampal, tapi nampaknya tampalan MCC tidak mampu menampung air yang naik ke tangki itu. adakah air2 itu berasid? renung2kan lah...selamat beramal...


MENU DINNER 19.10.09

Ini jer menu yang MCC makan malam tadi. Simple je kan. Sama macam MCC lar. dia pun simple je orang nya.
Lagi gambar dari angle agak jauh sedikit (baca: aku pun nak lawan k. long gak, apa dia ingat dia jer bleh amek gambar beg2 dia dari berbagai angle ker?)

Pisang!!! aku tak rasa MCC makan pisang tuh tadi. so ia adalah sekadar hiasan untuk mencantikkan foto aku nih. tapi lepas tuh aku plak yang ngap pisang tuh.
gambar dekat menu MCC, iaitu Nasi putih, Air Putih, Telur tak berapa nak putih dan Sotong Kuning.
upclose and personal sotong goreng kunyit feveret MCC.

AKU YG KUAT MAKAN

aku nak minta maaf pada CENOSIS sbb aku tak dpt kawal selera makan aku. ye, memang aku gagal diet yang diberikan. aku kecewa? of koz, tapi nak buat macamana, dah selera makan aku tetiba tinggi.

daripada 10, aku ada 4 lagi sesi kat CENOSIS, alahai... jap je dah nak habis, tp aku yakin sebelum 4 sesi itu aku akan kurus semula iaitu dari 61kg ke 50kg.

korang percaya tak yg aku boleh turun mendadak begitu rupa? percayalah! sebab aku dah melaluinya setelah melalui 2 sesi di CENOSIS pada thn 2007.

memang boleh, dan memang berbaloi enrolled dengan mereka sebab mereka ada jalan cepat untuk kurus.

apa yang mereka buat?

memula mereka akan amek ukuran, ukur lilit pinggang, punggung, paha dan segala tempat yang dirasakan "gemuk".

kendian mereka akan timbang lemak kita dan print kan result dimana kita akan tau berapakah kilo lemak didalam badan kita, adakah ia tepu atau tidak tepu, berapa water contents dalam body kita dan adakah berat kita melebihi bmi.


anyway, aku terskipped plak part outfit yg dibenarkan semasa sessi pengurusan badan nih yer. okay, korang hanya akan dibenarkan pakai baju yg macam dibawah nih, mereka akan beri korang bathrob dan towel, oleh itu pandai2 lar tukar baju dan pakai menda alah dibawah ini. baju ini aku beli khas kat giant aritu sepasang dpt dalam harga 15 kalo tak silap aku. lama dah. tahun 2007 aku beli. oh yer, jangan memalu kerana, tiada orang lelaki pun dalam kedai tuh (boleh panggil kedai ker ha? tempat dia sangat exclusive bagi aku).
selepas itu mereka akan suruh kamu baring disatu katil panjang yang atasnya terdapat lampu infrared dan seluruh kawasan berlemak tadi akan dipasangkan alatan pemecah lemak seperti gambar dibawah (harap maaf, lampu infra red, maleh den nak googgle)
setelah itu amoi cantik (serius beb! cantik2 amoi dikedai itu), akan meng 'on' kan button supaya arus elektrik mengalir ditempat lelemak yg telah dipasangkan pad itu tadi. kepuasan akan terasa apabila kita dapat merasakan lelemak itu dipecah2kan. mesin ini amat direkomen untuk lemak yang tidak tepu iaitu lemak yang bertahun2 terkumpul sehingga tidak didapat dihakis waima dengan clorox sekalipun. ia beroperasi dalam sekitar 45minit.

selesai sudah proses memecah lemak, sila pergi ke tandas, kerana anda akan rasa nak buang air. serius!!! ini maknanya apa???



kendian lagi, selepas dah buang air, amoi cantik ini tadi akan melumurkan tempat2 lelemak terkumpul tadi dengan serum mereka. o yer, untuk CENOSIS mereka menggunakan asid buah BETIK (Papain), rasanya sangat sejuk, macam pakai ekon kat badan kita. biarkan amoi itu membelai segala body kita yang berlemak seraya amoi itu akan bertanya, "you sudah berapa anak?" anak dua pun masih menten lagi arr? macamana bikin? "
so aku anggap pertanyaan itu adalah satu compliment buat aku yg masih mengharapkan bantuan kepakaran mereka untuk membuang lelemak yang terkumpul dari tahun 2008 hingga sekarang.

selepas itu mereka akan wrap kita dengan plastik pembalut makanan, seriouss!!! dan korang akan rasa seperti mummy ketika siap dibalut... (gambar dibawah hanyalah ilusi aku, sebenarnya dia wrapped lebih teruk daripada ini lagi...hehehe)selepas itu kamu akan dibenarkan lepak didalam bilik sauna selama 30minit. lepak lar kamu bersama air putih yang dibekalkan. tapi amoi cantik pesan, kalau rasa tak tahan, segera lari keluar. bukan lari keluar kedai, cukup luar bilik sauna itu sahaja. kerana kita tak mau ada adegan orang awam pengsan jika terserempak dengan kamu nanti.

cukup 30 minit, loceng bilik sauna kayu itu akan berbunyi seperti ada org datang ke rumah dan menekan bell (mungkin rumah kamu tiada bell. tetapi rumah aku ada. dan dia berbunyi sangat hebat setiap kali anak aku menekan butangnya apabila balik dari sekolah. suami ku juga kerap menekan bell berkali2 walaupun aku sudah standby depan pintu bila dia sampai saja dirumah. apakah???) sungguh panjang entry ku pasal bell, okay kembali ke cerita asal.

muka dan badan kau akan berpeluh2 tak hengat dan membuatkan kau akan rasa nak mandi jer pas nih, dan ko telah nampak di kedai itu ada jakuzi dan air pancutan yang hebat yang pastinya tiada dirumah sendiri. hendak pasang pun mungkin beribu2 harganya. AKAN TETAPI, kau tidak boleh mandi kerana ubat atau serum yang dipakaikan itu perlu meresap dalam badan kau. jadi biarkan sahaja badan kau sejuk dengan sendirinya. nanti petang baru mandi. okay.

sekian dulu kerana aku nak masak. suami ku tercinta sedang menghampiri tol bukit beruntung dan aku perlu masak sotong masak kuning feveretnya itu. adapun selain sotong masak kuning, kari ikan juga adalah feveretnya.


Sunday, October 4, 2009

Jiran Belakang Rumah Aku

ekceli, aku nih menyampah nak cerita pasal jiran aku nih. aku tak kenal dia, tapi aku tau dia satu family sombong ya amat. masa dia baru pindah itu hari, jiran sebelah umah aku@ibu akim, ada lar tegur derang, tanya baru pindah ker? derang layan tak layan jer, so dr situ aku tau, derang nih sombong, apesal? aku pun tak tau ler, nak kata kaya sangat, biasa2 jer, dan aku rasa rumah yg derang duduk tuh pun menyewa jer, (sbb dulu rumah tuh cikgu ayu yg menyewa) tp menyombong ler. aku tak reti sangat dengan org menyombong nih, kalu org tuh mmg peel gitu mmg aku wat tak tahu jer.

selain sifat sombong si isteri, aku paling tak tahan, sikap suka marah kan anak2 dia, kalu marah je aku tak kesah sangat, ini siap pelempang, pukul2 dan bantai2 berdas2 sampai boleh dengar rumah aku tuh. yg aku nih tengah basuh pinggan rasa tak sedap badan lar dengar. rasa nak pitam je kat situ taim tuh jgk. aku nih sensitif. tak suka dengan benda2 macam ini. aku tau lar dia nak mengajar anak, marah mulut je takboleh ker? ini mesti nak belasah anak2 dia tuh.

teruk lar engko nih, di buatnya masa ko belasah tuh ditakdirkan Allah SWT anak ko patah tangan ke, berdarah kepala ker, mati ker? ha camne?
aku ckp terus terang mmg aku sanggup jadi saksi lar supaya ko tuh disumbatkan ke dalam jel.
nak???

sejak dia pindah duk belakang umah aku, tiap kali dia marah anak dia, aku mesti trauma, mesti rasa, eii mati dah budak tuh!!!

aku rasa dia nih stress kut. tp aku tengok dia tak kije pun, ada je kat umah, mungkin dia meniaga pasar malam kut, tapi tah lar, misteri sangat keluarga dia nih, tah2 dia pindah sini pun mungkin sbb kat rumah lama dia org komplen pasal dia suka pukul anak2 dia.

oh yer, anak dia ada 3 org, paling besar aku agak dalam 8 thn (girl), nombor 2 boy dlm 6 thn mungkin dan nombor 3, girl mungkin 3 thn. tp yg paling besar tuh larh yang selalu kena. nak mandi kena marah, waktu pagi kena marah asek kena marah ajer, aku sian lar ngan bdk tuh, takut nnt dia tensen sangat nanti dia lari dari rumah plak kan.

mak diorang nih plak jenis kalu sorang dia belasah nnt yang lenlain pun dia belasah gak, bukti: smalam, aku dengar dia marah yg girl tuh dalam bilik tidur belakang, aku dengar ayat camni: "Aku dah lama dendam dengan kau nih, hah...dah lama aku dendam dengan kau nih" !!!
boleh ker sorang mak cakap dengan anak macam tuh? tak pelik ke korang? membuatkan aku terfikir? eikk... anak tiri dia kut, sbb ada baris ayat yg dia kata pada masa itu, aku tak pasti dia cakap kat siapa sbb masa tuh rumah dia ada ramai bdk lain yg mana aku pun tak tau mana datang bdk2 lain tuh, mungkin sedara mara derang kut! berbunyi gini: "dengan mak ko boleh lar ko buat macam ni, dengan aku, jangan"!
so korang rasa tak apa aku rasa? aku rasa itu anak tiri dia, anak laki dia dengan bini dulu kot! tah lar aku tak tau ler? sbb payah nak korek pasal derang nih, sombong sangat, tamo campur dengan orang plak tuh. payah betul! oh yer, lepas tuh dia bantai plak anak2 dia yg lain, sbb anak2 yg lain sebuk nangis sbb kakak kena pukul, dia kata "yang ko nih sket2 nak nangis apsal, nak nangis sangat ha... meh sini" lebih kurang gitu ler ayat dia, sadis kan..

ok nak citer pasal ayah dia plak, ayah dia sama garang dengan mak dia, ada sekali tuh aku dengar ayah dia ngamuk pasal anak2 dia bising dalam rumah, (anak dia nangis sbb kena belasah ngan emak dia masa tuh) sampai ada adegan mamat nih pegi dapur macam nak amek samthing yg nak digunakan utk apa2kan anak dia, dalam fikiran aku samthing yg tajam, buktinya aku dengar bini dia jerit 'Abang! jangannnnnn" macam tuh, lepas tuh senyap satu rumah, cuma dengar laki dia macam hempas kerusi makan kat dapo, macam marahkan apa tah???

raya kat meru

hari Sabtu, aku pi meru ngan Yasmeen dan Danish, MCC tak pegi sbb dia kije, so dia drop off kan kami. Hari itu ialah hari keenam syawal. so Opah Nor kata sms lar adik aku Hanizam@jam dan kakak ku Norhanita@ta dan adik aku Hafifah@pipah datang situ, aku sms ler, hanya jam dan ta je yg reply. pipah missing. mana poie ei ontah! tak dapek den nak nolong. tapi yolah, pipah nih laki dio namo Farouk (nama sebenar) tuh bizi, harus lar dio pun bizi, nak2 anak dia kocik2 laie.

so aritu masak nasi makan tengahari yo, hidangan utama dia takdo, yang aku ingat ialah sayur banyak sangat, kes nak ngabeskan sayur dlm petiais pun ye jgk. Lauk dia cencaru goreng berlada. Boleh lar dari takde kan. Opah nor suh aku kol my kazen Isma Amiza@Iza yang duk kl sinun soh bawak bapak ei a.k.a adik opah nor yang nombor berapa aku tak cek lar sebab adik lelaki dia ramai, termasuk yg dah aruah, ada berapa ramai tah mmg aku tak amek pot pun. sbb aku bizi. tak sempat nak cek.

Kazen aku kata ok lar dia datang. pas tuh tup2 Zarinah@Ina kazen ku yg tinggal kat shah alam section 18 datang, laki dia anto. laki dia tak masuk umah, pegi repair keta katanya. pas tuh Norhaslina binti Hassan@Mek pun sampai. yang aku ingat ina dan mek nih kiterang seru2 je nama, tup2 datang. Hebat kan, rasa macam keliwon sangat. Soo meriah harituh, tp perut dah lapar lar sangat, nak makan dulu tapi Opah Nor suh tunggu VIP2 dari Pantai Dalam, derang belum sampai lar plak, selagi VIP2 tuh tak jejak red carpet yang dihampar dan kompang belum dibalun kami semua tak bleh makan. so berlapar lar kami sekejap. seb baik dalam 3.30 tuh sampai jugak VIP2 tuh semua. so melahap lar kami.

pas melahap sembang plak, sambung melahap lemang nan 2 batang yg wak asem bawak balik.

raya 2009

Apa yang terjadi pada raya tahun 2009 ini?

1. Aku potong rambut pendek, gonjeng lar, tp stylo beb... MCC tak komen apa-apa pun, dia ok lar tuh

2.Aku..aku...ha...aku dah tak kije start abis cuti raya. aku dah resigned ler, tp Yasmeen dan Danish tak tau yg aku resigned. Kalu tak derang tanak dok kat taska.

3. Mcm biasa aku balik kg MCC, macam biasa raya kat kg MCC idok ler meriah. macam biasa MCC lebih suka lepak umah dari jenjalan, paling jauh pun pi umah anak2 aruah pak dollah yg no bape aku pun tak hengat. uish silap, ada lagi jauh ler, aku pi umah bakal isteri adik MCC kat bote sana. anto cincin tanda (baca:merisik). aku plak tuh tukang sarung cencen, adapun cencen tersebut amat lar kocik bona nak dipadankan dengan jari tuanpunya badan. apakan daya, cencen emergency katanyer, terima lar seadanya yer bakal biras ku. ini terjadi pada petang raya pertama. anyway, kalo jadi makanya aku bukanlah lagi menantu kesayangan makpak MCC kerana setakat ini aku larh satu2 nye menantu gegerl dalam umah itewww.

4.menantu sulung aruah pak dollah, kembali kerahmatullah pada raya ke berapa ek? hari rabu kut dia ninggal, tak ingat plak. kalo dah sulung mesti kita panggil long kan, so nama glemer dia ayah long, tapi nama sebona eii, Hassan, bin apo, aku idok ler cek, sbb yg aku tau opah nor pangge dia abg hassan. so mesti lar nama dia hassan kan, takan aruah pun ada nama glemer macam aku jgk ye tak.

ckp pasal nama glemer nih, adik aku yg bongsu pun ada gak nama glemer, Z (baca: Zie) nama glemer dia, itu ari dia ngajo aku, ZEK dia sebut ZIE, oooo baru aku tau, aku ingat ZEK untuk Zirafah.

adik aku pompuan pun yg kembo tuh pun ada gak nama glemer, effa namanyer.
hukalo! nama nak artis saja, pipah kan sedap, nama watak dalam citer mira edora lagi, watak norkumalasari tuh jgn main2. aku minat norkumalasari tuh, especially dalam citer adik manja, suka aku nengok dia berkebaya ketat tuh, nampak seksi giteww. tp skang dia dah insaf, dah berhijab, dan berkasut tumit tinggi merah saga. stylo!
cakap pasal pipah nih eh silap, effa lar. Z, aku tau hang baca blog aku nih, sila tanya bila si Effa nih nak datang nengok sofa nih, aku dah tak cukup space lar, meh lar amek cepat, tamo kalu, aku bagi lar kat org lain yang nak (ada ke orang nak?)

to Kak long Ita

Sori banyak2, aku tade mud lar nak update sejak laptop aku kena rompak. ini pun guna desktop kat umah. malas giler, sbb susah lar nk upload gambo kat sini. tensen. gambar kita reramai masa kat umah yong pun tak berapa nak cantik kat hp remy. itu yg menambah kemalasan aku nih. so sori k.

tp tape aku update gak le skit2. nnt kang kempunan plak org yg salu masuk blog aku nih (baca: yo lar tuh!)