aku dan MCC selalu bertekak dalam banyak perkara tetapi didalam nada yang paling harmoni sehingga jiran2 ku tidak sedar kewujudan MCC. ada yang suspek aku kini ibu tinggal kerana jarang nampak MCC dirumah. Itulah bahananya apabila suami anda terlalu obses dengan kerjanya sehingga isteri dirumah selevel priyanka chopra tidak dihirau nya.
baru2 ini kami decided to build store bawah tangga untuk letak barang2 yg terlalu banyak dalam stor kat bilik bawah. so bila dah siap store bawah tangga itu MCC noticed ada space yg cantik untuk dia letak kerusi macam kat bawah nih. Oleh kerana teruja dengan kerusi di hotel tempat dia menginap masa ke Gurun itu hari, MCC snapped gambo dibawah untuk dijaja kepada aku dengan harapan MCC akan berjaya jek aku untuk beli kerusi tersebut.
tapi aku kata "Oh No! I also have a dream chair, you know" "I also want it in this home". If you want, you buy yourself lar... MCC sangat shocked (bukan syiok okay) tatkala mendengar aku juga mempunyai cita2 yang besar. MCC mungkin ingat selama ini aku tade taste. Heloo, I nih banyak belajar dari Eric Leong Casa Impian... suka tak!!!!!!
dan inilah kerusi impian aku... aku gelarkan dia my prince charming .. tapi MCC tak tau apa itu WING CHAIR dan dia malas nak bing apa itu wing chair, padahal dia hari2 dok depan pc yang berkemudahan internet 24 jam waima dia ke toilet sekalipun. ini kerana dirinya dilengkapi sistem telefon yang canggih yang boleh akses segala benda didalam donia ini. tetapi... nan ado!!!
tapi takpe, kerana aku isteri yang rajin, aku akan akseskan untuk dia dan tanpa segan dan silu aku ingin beritahu inilah rupa wing chair wahai kekandaku. kenapakah dia dinamakan WING CHAIR adalah mungkin kerana, pada zaman napoleon dulu, pasangan suami isteri istana yang bergaduh akan saling membaling kerusi ini ke satu sama lain. atau dalam makna lain nya kerusi ini boleh terbang. tak percaya? suka ati lah. tapi aku tetap mau ini kerusi.
tetapi apakan daya, rumah kami sempit. mana kami nak sumbat semua kerusi ini. jadi setakat ini kami hanya berangan dulu untuk mendapatkan kerusi2 idaman kami ini. untuk sementara itu kami akan terus bertekak dengan cara yang paling berhemah untuk isu lain pula, iaitu adakah kami akan mengantikan tangki air yang baru atau tampal saja tangki yang bocor itu. tangki itu sudah berapa kali bocor dan tampal, tapi nampaknya tampalan MCC tidak mampu menampung air yang naik ke tangki itu. adakah air2 itu berasid? renung2kan lah...selamat beramal...
No comments:
Post a Comment