Monday, October 19, 2009

AKU YG KUAT MAKAN

aku nak minta maaf pada CENOSIS sbb aku tak dpt kawal selera makan aku. ye, memang aku gagal diet yang diberikan. aku kecewa? of koz, tapi nak buat macamana, dah selera makan aku tetiba tinggi.

daripada 10, aku ada 4 lagi sesi kat CENOSIS, alahai... jap je dah nak habis, tp aku yakin sebelum 4 sesi itu aku akan kurus semula iaitu dari 61kg ke 50kg.

korang percaya tak yg aku boleh turun mendadak begitu rupa? percayalah! sebab aku dah melaluinya setelah melalui 2 sesi di CENOSIS pada thn 2007.

memang boleh, dan memang berbaloi enrolled dengan mereka sebab mereka ada jalan cepat untuk kurus.

apa yang mereka buat?

memula mereka akan amek ukuran, ukur lilit pinggang, punggung, paha dan segala tempat yang dirasakan "gemuk".

kendian mereka akan timbang lemak kita dan print kan result dimana kita akan tau berapakah kilo lemak didalam badan kita, adakah ia tepu atau tidak tepu, berapa water contents dalam body kita dan adakah berat kita melebihi bmi.


anyway, aku terskipped plak part outfit yg dibenarkan semasa sessi pengurusan badan nih yer. okay, korang hanya akan dibenarkan pakai baju yg macam dibawah nih, mereka akan beri korang bathrob dan towel, oleh itu pandai2 lar tukar baju dan pakai menda alah dibawah ini. baju ini aku beli khas kat giant aritu sepasang dpt dalam harga 15 kalo tak silap aku. lama dah. tahun 2007 aku beli. oh yer, jangan memalu kerana, tiada orang lelaki pun dalam kedai tuh (boleh panggil kedai ker ha? tempat dia sangat exclusive bagi aku).
selepas itu mereka akan suruh kamu baring disatu katil panjang yang atasnya terdapat lampu infrared dan seluruh kawasan berlemak tadi akan dipasangkan alatan pemecah lemak seperti gambar dibawah (harap maaf, lampu infra red, maleh den nak googgle)
setelah itu amoi cantik (serius beb! cantik2 amoi dikedai itu), akan meng 'on' kan button supaya arus elektrik mengalir ditempat lelemak yg telah dipasangkan pad itu tadi. kepuasan akan terasa apabila kita dapat merasakan lelemak itu dipecah2kan. mesin ini amat direkomen untuk lemak yang tidak tepu iaitu lemak yang bertahun2 terkumpul sehingga tidak didapat dihakis waima dengan clorox sekalipun. ia beroperasi dalam sekitar 45minit.

selesai sudah proses memecah lemak, sila pergi ke tandas, kerana anda akan rasa nak buang air. serius!!! ini maknanya apa???



kendian lagi, selepas dah buang air, amoi cantik ini tadi akan melumurkan tempat2 lelemak terkumpul tadi dengan serum mereka. o yer, untuk CENOSIS mereka menggunakan asid buah BETIK (Papain), rasanya sangat sejuk, macam pakai ekon kat badan kita. biarkan amoi itu membelai segala body kita yang berlemak seraya amoi itu akan bertanya, "you sudah berapa anak?" anak dua pun masih menten lagi arr? macamana bikin? "
so aku anggap pertanyaan itu adalah satu compliment buat aku yg masih mengharapkan bantuan kepakaran mereka untuk membuang lelemak yang terkumpul dari tahun 2008 hingga sekarang.

selepas itu mereka akan wrap kita dengan plastik pembalut makanan, seriouss!!! dan korang akan rasa seperti mummy ketika siap dibalut... (gambar dibawah hanyalah ilusi aku, sebenarnya dia wrapped lebih teruk daripada ini lagi...hehehe)selepas itu kamu akan dibenarkan lepak didalam bilik sauna selama 30minit. lepak lar kamu bersama air putih yang dibekalkan. tapi amoi cantik pesan, kalau rasa tak tahan, segera lari keluar. bukan lari keluar kedai, cukup luar bilik sauna itu sahaja. kerana kita tak mau ada adegan orang awam pengsan jika terserempak dengan kamu nanti.

cukup 30 minit, loceng bilik sauna kayu itu akan berbunyi seperti ada org datang ke rumah dan menekan bell (mungkin rumah kamu tiada bell. tetapi rumah aku ada. dan dia berbunyi sangat hebat setiap kali anak aku menekan butangnya apabila balik dari sekolah. suami ku juga kerap menekan bell berkali2 walaupun aku sudah standby depan pintu bila dia sampai saja dirumah. apakah???) sungguh panjang entry ku pasal bell, okay kembali ke cerita asal.

muka dan badan kau akan berpeluh2 tak hengat dan membuatkan kau akan rasa nak mandi jer pas nih, dan ko telah nampak di kedai itu ada jakuzi dan air pancutan yang hebat yang pastinya tiada dirumah sendiri. hendak pasang pun mungkin beribu2 harganya. AKAN TETAPI, kau tidak boleh mandi kerana ubat atau serum yang dipakaikan itu perlu meresap dalam badan kau. jadi biarkan sahaja badan kau sejuk dengan sendirinya. nanti petang baru mandi. okay.

sekian dulu kerana aku nak masak. suami ku tercinta sedang menghampiri tol bukit beruntung dan aku perlu masak sotong masak kuning feveretnya itu. adapun selain sotong masak kuning, kari ikan juga adalah feveretnya.


No comments: