Atas permintaan (baca: desakan) kak long yang bertalu2 dari arah timur barat utara dan selatan disini aku publishkan lar gambar yang tak seberapa untuk tatapan dia dan korang2 semua. adapun ini adalah kerana menghormati kak long yang baru menyambut Deepavali dikampung abang Adam diPahang. Dengan harapan jangan lupa post kat aku kuih batu yang baling ke dinding pun gerenti tak pecah tuh iaitu kuih feveret dihari Deepavali.
Baiklah, disini akan diturunkan beberapa tips untuk makan lemang dengan betul dimana pertama sekali lemang mestilah dibelah, tetapi maaf kerana aksi belahan lemang oleh wak asem telah dibanned kerana diklasifikasikan 18SG (baca: yang sebenarnya tak sempat nak amek)
adapun lemang telah ditaja oleh wak asem sebanyak 3 batang. 2 batang dimakan begitu saja. satu batang dibawa balik oleh aku kerumah untuk dijamu pada kengkawan x ofis pada keesokan harinya.
Ijam telah merasmikan belahan lemang dengan membaca doa dimana setelah itu ijam memotong lemang tersebut kepada potongan2 yang boleh menampung lebih dari 10 orang umat didalam rumah pada masa itu. kelihatan ita seperti tak sabar untuk jadi orang yang pertama merasmikan lemang wak asem yang bernilai RM8 sebatang itu.
Ijam masih lagi berkira2, berapa potongkah yang boleh dipotong daripada 2 batang lemang yang ditaja oleh wak asem. ini adalah kerana sikit benar 2 batang yang ditaja itu. tetamu yang didalam rumah sahaja dah mencecah 30 orang (temasuk baby dalam perut ina, k ngah dan k long).
setelah menggunakan kalkulator di henpon nya, ijam berjaya membuat potongan yang tepat, itu pun setelah dibantu oleh ina yang bekerja sebagai akauntan. nyaris2 juga lemang yang aku nak bawak balik terkorban apabila ijam tersalah membuat kalkulasyen pada hari itu.
aksi kak ngah menyiang lemang pula setelah ijam kepenatan kerana terpaksa berhempas pulas dimana nak potong lemang lagi nak buat matematik lagi...
aksi kak ngah menunjukkan cara makan lemang dengan betul dimana mesti dimulakan dengan mengigit dari arah tepi gigi.
ina nampaknya berjaya mengikuti tips yang diberikan walaupun nampak agak sukar pada mulanya. kelihatan kak long agak tersipu2 melihat adegan tersebut.
nazri dah separa baring kekenyangan makan nasi, tetapi perut ijam masih ditangga pertama kategori perut orang kaya yang malas exercise.
aksi selepas makan lemang. lemang yang sebatang itu, daku yang punya.
No comments:
Post a Comment