Tuesday, November 24, 2009

MIL datang

Tiap kali MIL datang aku rasa mcm aku lar perempuan yg paling pemalas didunia. Dia akan buat semua kerja walaupun aku dah larang. Aku MALU. Tapi nak wat camne,dah hobi dia kemas rumah.

Tp semalam aku bawak dia gi shopping Maidin, beli barang2 sket untuk preparation bertunang Ali, dia siap offer nak belikan aku kain ela, tapi aku tolak sbb aku malu lar amek pemberian MIL, atau dia sebenarnya nak suh aku pakai baju kurung sentiasa. tapi aku dah kabo kat dia yang aku memang tak suka pakai baju kurung, sbb aku akan nampak seperti burung puyuh.

tapi kalu dia nak hadiahkan aku baju kurung potongan moden yang harga 500 tuh bleh lar jgk kan, takan aku nak tolak, tapi sekarang nih aku rasa badan aku gemuk dan aku tade mood nak gayakan baju yang paling mahal sekalipun.

Terima Kasih MIL. Kau sangat rajin dan banyak tenaga walaupun dah berusia, makan apa agaknya?

Bulan nih aku betul2 pokai

Bulan November 2009 adalah bulan yang paling sengsara kerana duit aku keluar macam air...

Aku Benci NOTE 5 Hengget

Sbb dia senang sangat koyak.

itu aje aku nak bitau, dan setakat nih aku dapat duit koyak dua kali dr hasil belian aku kat kedai2 dan aku boleh tak perasan. aku rasa bersalah nak pakai kat mana2 kedai dan koyaknya memang jenis tak bleh gam atau plaster punya.

Thursday, November 19, 2009

Jogging Di Pagi Khamis @19.11.09



Pagi ni aku pi lar jogging ngan yasmeen, tatau lar bleh panggil jogging ke apa, sbb we didn't really jogged. Maybe I'd like to call it a BRISK WALK. masa sedang aktiviti tuh, tetiba aku pun terpandang ke langit, SUBHANALLAH, memang aku so amazed dengan fenomena tuh dan tak lama tuh aku baru tersedar yg aku ada bawak camera cap ayam dan aku pun snap ler, tp gambar mmg tak memuaskan, tapi visual masa yg aku nampak tuh memang clear sangat. Infact Yasmeen pun agree dengan apa yang aku nampak waktu tuh. Tapi korang bleh lar tengok sendiri lar kat sini... tp harap maaf kualiti visual sangat tidak memuaskan.

Anyway, masa aku snap tuh ada lar sorang macik nih tanya, amek gambo apa tuh, aku ckp ler, tengok lar kat langit tuh... dan dia pun agree apa yang aku nampak, so maknanya itu bukan ilusi...



Sebenarnya aku nampak Kalimah tuh dan sebelah dia ada wajah orang sedang memandang, korang perati betul2...

Tuesday, November 17, 2009

Anugerah Cemerlang SKTBR(1) pada 17.11.09








Omar Abdullah dan kakanya Gee dan ibunya yang aku panggel akak jer...







Andreana Yasmeen dan papanya

Nor Haziqah anak Halimatun geng kerja kat Thermik



Darjah Dua


abang Ngah dan Kak Aizah

Abang Ngah lagi

Nadira atau Gee dengan Zulaikha atau Baby

Siti Aminah@Kee Hui Chan dan ayahnya En. Kee

Sunday, November 1, 2009

Anak!

Ramai yang bertanya bila aku nak beranak lagi. Orang lain dah tiga, empat, lima yang aku masih dua. Nak2 Danish dah lima tahun. Last masa aku bersalin tahun 2004 masa tuh Yasmeen umur 3 tahun. Bayangkan lah gap dua beradik tuh. MCC pun asyik lar hint pasal kawan2 dia yang dah makin membesar keluarga dengan penambahan ahli.

Well, sebenarnya aku yang tak nak. Sebenarnya lagi, aku ada prinsip, yang mana prinsip aku adalah, aku go for "quality rather than quantity". Definisi Quality bagi aku mungkin tak sama dengan orang lain. Kualiti yang aku maksudkan adalah yang sebenar2nya berkualiti. Sebagai ibu aku ada tanggungjawab besar untuk memastikan kualiti dalam diri anak2. Mesti ingat yang anak2 adalah amanah ALLAH. Adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik dan mencorakan mereka.

Ye! ada yang kata apa masalahnya nak lahirkan anak yang berkualiti. Apakah selama ini keluargamu tidak dari kalangan orang yang berkualiti?

Dan Kualiti pada maksud orang itu mungkin adalah, bila dia melahirkan, anak2nya sihat, tiada cacat cela, boleh bercakap, boleh berjalan, makan cukup, pakai cukup dan membesar dan bekerja dan berkawin dan menghasilkan cucu pula kepada kita. cukupkah itu dikatakan berkualiti???

Ingin aku tegaskan apabila anak2 kita dibawah umur 7 tahun, cabaran belum lagi bermula sebenarnya. Didalam fasa itu si ibu hanya akan penat memikirkan bagaimana tak terlayan dengan keletah dan kerenah mereka pada waktu tertentu.

Tunggu sahaja bila mereka sudah menjejaki alam persekolahan dan baru kamu tau apa itu tugas dan tanggungjawab sebenar seorang ibu sementelah lagi, suami anda adalah orang yang sangat sibuk, hanya sempat luangkan masa dihari minggu...

atau pernah dengar peribahasa "didalam setandan pisang ada satu yang tak elok" dan Secara sedar atau tidak didalam sesebuah keluarga mesti ada 'peel' yang ini. betul kan!!!. tentu kita tidak mahu itu terjadi kan... nauzubillahhiminzalik...

Aku mahu anak2 aku berjaya didunia dan akhirat. Aku akan pastikan anak2 aku mendapat didikan yang sempurna dibawah jagaan aku. Setakat ini aku bersyukur Yasmin dan Danish menunjukkan aura yang positif didalam pembelajaran mereka. Yasmin terutamanya adalah anak yang mendengar kata dan sayang akan aku. Pernah dia berkata yang dia tidak mahu kawin kerana ingin membela aku sepanjang hayat. Dia juga kata ingin mati bersama ku jika diizinkan.

Tapi aku tegaskan itu semua kerja tuhan, ajal dan jodoh adalah kerja ALLAH. siapa lah kita untuk menentukan. Aku dan anak2 ibarat rakan. Aku jarang sekali menghukum mereka, kerana bagi aku, pukul anak tidak akan membuahkan rasa kesal mereka terhadap kesalahan mereka. Sebaliknya aku lebih suka pendekatan kaunseling. Bagiku ia lebih merapatkan hubungan kami. Tak susah kan!!!

"Mencegah adalah lebih baik dari Mengubat"!!
Betul. memang betul kata2 itu. cakap lah dengan anak2 sedari mereka kecil, walau mereka tidak paham apa yang kita katakan, tetap kita luahkan. Beritahu mereka tentang perkara yang indah, harapan kita sebagai ibu bapa, tanggunjawab mereka sebagai anak kepada keluarga, agama bangsa dan negara. Ulang2kan sehingga mereka besar sekalipun.

Mesti diingat! Bila mereka semakin besar dan di sekolah akan bercampur dengan ramai lagi budak2 lain, makanya akan berlakulah idealisme yang berbagai2 dari anak2 ini. Disinilah tugas ibu-ibu mesti memantau dan mempengaruhi mereka untuk terus bersikap positif dan tidak terjebak dengan benda2 yang tidak berfaedah. Latih dan terapkan dengan nilai2 rohaniah didalam diri mereka.