Sunday, October 24, 2010

Haji Mabrur


HAJI MABRUR

Mak pesan aritu nak pergi haji pergi lar masa muda ni...
Insyaallah mak, cukup duit orang pergi yer... tengah kumpul duit lar ni, pelan-pelan kayuh, insyaallah nanti kalau ada rezeki, orang bawak mak pegi lagi sekali, kita pergi umrah dulu, aritu mak dah pergi Haji, terbalik pulak kan. Dahsampai seru mak masa tuh.

Terharu aku sebab mak dah tunaikan rukun islam yang keLima walau mak tidak bekerja, tidak bersuami dan tiada berpendapatan sendiri. Mak memang tade harta, tapi mak ada anak-anak dia. Alhamdullilah mak ada 7 anak yang tak jauh dari mata dia. Mungkin aku jer yang jauh sikit dari mata dia. TAPI mak tau yang aku ingat dia selalu.

Dalam adik-beradik aku yang tujuh tuh, aku paling respek dengan adik aku yang bongsu tuh, dia sangat mengambil berat akan mak. Dia pandai layan mak, kalau mak demam, dia yang suapkan bubur. Ya, adik anak yang baik. Aku bersyukur kerana allah jadikan Adik seorang anak yang bertanggungjawab. walau dia dah berkeluarga dia tetap ingat dan utamakan mak aku. mungkin juga dia fikir siapa lagi yg boleh diharap. ye aku kesal juga, tapi aku doakan semoga aku dan adik beradik yang lain tidak mengabaikan dan lalai dalam hal emak.

so kepada adik aku, kalau dia baca blog nih, aku ucapkan terima kasih sebab jaga mak kita dari dulu... kalau ada apa-apa kesulitan kontek je lar aku, insyaallah aku bantu, tapi kalo mak nak tiket holiday pegi Bali ker, aku kena fikir dulu, sbb aku pun belum pernah pergi lagi...hehehehe

No comments: