Friday, February 25, 2011

Assumptionsssssss....


Why and how could people assume things without an effort to get to know the real situation.

Don't easily make assumptions when you have no guts to face the truth. Today I've learned that you cannot pleased people eventhough you had given them the best answer that you could assure. they will keep asking and cracks you up and down until you got fed up.


Patience is really needed when you are confronting introvert kind of people that is given a chance to spell out their concern over an issue.


Tuesday, February 22, 2011

DANISH MASUK SPITAL



Pembukaan tahun 2011 yang kurang menarik! Setakat entry ini ditulis dah dua kali danish masuk hospital, sekali bulan Jan, dan yang latest ni 16Feb haritu. Tempoh warded utk dua2 kes tersebut adalah 4 hari 3 malam. total RM yang terbang untuk kes pertama sebanyak Rm2700++ dan Rm3200++. tapi .... nasib baik bukan aku yang membayor nyer...theheheh... dan kebetulan pulak kedua2 kes checked in adalah pada hari Rabu membawak ke hari Sabtu...

adapun kompeni den sekarang sangat bermurah hati telah mengcover each dependent pekerja2 di kompeni dengan nilai rm30hibu satu kepala setahun. (tak ke banyak tu kan...) rugi la tak guna, kompeni dah bayar premium juta2 setahun...betul tak???

nak-nak pulak hospital yang dituju bertaraf "private". hmmmmhhh apa lagi, sakit sikit-wad! luka sikit-wad! asma-sikit-Wad! Gout-sikit-Wad! bagus betul lar marketing strategy derang nih, memang cepatlah doktor2 kat situ naik haji harapnya.

tp hospital private bes wa cakap lu, semua kemudahan tip-top, layanan A, makanan...hmhmm bolehlah...sedap lagi opah Nor masak...!!! tapi apadahal, free kan... bersyukur sajalah dengan nikmat yang Allah berikan...

first visit, Danish dpt adult ward, mcm tak bes lar sket sbb bdk kecik masuk wad org dewasa kan, so utk second visit aku insist utk children wad, memula dia kata fullybook, tp kalo lepas jam 3 adalah katanya, so aku kata..takpe, aku rela tunggu asalkan ada different environment. so aku checkin jam 9 mlm pada Rabu tu, sampai2 je terus Danish wat Sitz Bath Treatment-iaitu mandi didalam bathtub yg dicampur air ubat, nurse yang mandikan, dia tak kasi parents ikut, oklah, tade hal la...tp hari ketiga aku sendiri dpt mandikan danish kat room tu...

tapi aku perasan danish lepas daripada treatment kali ni, berat badan dia naik dan pipi dia sangat tembam uolsss... aku ingat bengkak, tapi dia kata tak sakit pun, opah Nor pun kata cam bengkak lak muka danish nih...aku tanya adik aku (zie) dia kata kesan ubat lar tuh, so dia jadi kuat makan, dan boleh jadi dia akan gemuk selepas ini... ok jugak, comel apa gemuk, aku suka je... beslar poluk2 cium2 budak gemuk kan.... asalkan bdk gemuk tu tak masham lar kan hehehe...

aku lupa plak ckp nama hospital tu, sebenarnya aku saja taknak cakap, sbb nanti macam promosi free2 plak kan.... lainlah kalo dia nak bagi aku elaun ke utk war2kan kebestan hospital dia tuh kan...hehehe so aku akan cakap sekali jer...


DEMC atau dalam perkataan penuhnya, DEMAM EKK... MC?

kui kui kui... gurau jerrr... korang cari sendiri la nama penuh spital tu, tapi dia kat area pusat bandar Shah Alam sinun... sapa orang Shah Alam tau lah...

so skang aku akan buat picture tale plak..sbb aku maleh dah nak mengarang...sila enjoice photos2 yg gua uploaded ini... adiosss
















A very comfy room for a kid like Danish


inilah bilik treatment tuh...








Danish sedang disuapkan Chipsmore, tak berenti2 makan dia ni skang, asyik lapar jer... Hasilnya ----------------------------------->


ko tengok lembu tu jelir kat aku...



aku pun balas lah balikkkkkk!!!!!


Saturday, February 12, 2011

macam mana nak maju




pagi tadi aku pergi pasar sorang-sorang sebabnya MCC kerja (ello! hari ahad pun pulun kerja ke... berdedikasi sungguh...kalo tak kaya jugak aku tahun ni tak tau lar yer...)
semalam aku dah pergi, arini pegi lagi, semalam aku pergi sbb nak beli ikan dan kerang dan sayur bayam merah dan peria katak saja... hari ni pulak sebenarnya tujuan nak beli nasi lemak macik power yang sambal petai dia tersangat lah daku terkenang2 pabila weekend tiba...serius sedap... aku sampai je dah dekat 11 lebih kat acik tuh, aku berdoa jugaklah jangan lah dibuatnya habis nasi acik nih... sbb smlm aku nak beli dia tak bukak kedai pulak...dah kempunan aku semalam.... kesian i tau..

aku: akak, nasi ada lagi tak? (aku saja bahasakan dia akak seraya membodeklah kaedahnya, padahal dah patut2 panggil acik dah dia tuh, tapi org berbudi seperti aku kan, haruslah menjaga perasaan semua pihak...kui..kui..kui...

akak: ada lagi dik,nak berapa?(sambil senyum2, suka la tu aku panggil dia akak...padahal aku nih dah taraf anak dia dah ni patutnya)

aku: arr..arr...(tengah berkira2 nih sbb tatau nak beli berapa), empat! (amek ko..sekali empat aku order padahal kat rumah tiga org jer... satu lagi utk sapa? ... harus lah aku yang kena abiskan... (T_T) nangis....

tengah acik tuh sebuk2 bungkus nasi aku, aku terpandang gerai sebelah, ada satu akak tuh dan dua abang (mungkin laki dia dan adik lelaki dia atau sedara dia...atau sesapa la) kat dlm gerai tuh meniaga hasil sayuran dan ulaman kampung... termasuklah kelapa muda... dari semalam aku rasa nak pergi cari kelapa muda nak bagi danish minum, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, betul2 kat sebelah aku je gerainya... aku ingat nak beli lebih sket lah..nnt boleh lar buat jelly kelapa muda...boleh niaga...heheheh (berangan je lar part niaga nih).

so aku pun approached lar kedai dia, belum sempat akak tu tanya aku dah tanya dulu... macam biasa lar aku nih kan ringan mulut... memang aku yg akan approach dulu apa2 event pun..kui kui kui...
kelapa muda nih berapa hengget sebijik? "dua hengget" kata akak tuh... pastu aku ckp boleh tolong potong tak atas dan bawah dia... tetiba... salah sorang abg yg aku mentioned tadi berkata: tak boleh lah...kalo nak jugak sebiji boleh lah...
(what the heck...!!! macam ni ke meniaga????, macamana nak laku kalo marketing strategy ko kureng..patut2nya dia kena rajin lar sket... tak bagus lar derang nih... camne nak maju gerai dia, jual buah kelapa yang bulat2 dari pokok kelapa, sapa nak beli... kan??? apalah salahnya kalo dia rajin2kan diri dia potong2 apa yg patut bagi cantik ke buah tuh atau bagi senang customer dia... padahal aku tengok dua2 ekor tuh baring2 je kat kerusi malas tuh, bukan buat apa2 pun... tak paham betul aku...
dari nak beli banyak aku terpaksa...aku ulangi yer... aku terpaksa... beli satu jer... sebabnya kalo aku beli dua atau lebih pun, yg satu je dia nak tolong potong kulit atas dan bawahnya... yg selebihnya buat sendiri...

mana aku nak gagau parang ye tak... lagipun aku ni pompuan, takan lar nakbuat kije2 semua tuh...laki aku plak kije... aishhh...tak logik tul lar...

so aku pun balik dengan nasi lemak 4 bungkus ditangan dan sebiji kelapa muda yang aku beli dari kedai yg aku pun maleh nak komen lebih2... harap2 mereka mendapat hidayah camne nak majukan gerai dia...










hari jadi kakak

selamat hari lahir kakak, semoga kakak jadi anak yang solehah mendengar kata taat kepada ibu bapa suruhan tuhan suruhan agama dan semua benda2 yang positif didunia ini. (tade koma langsung hehehe)

belajar rajin2 kerana mama percaya segala usaha yang kita lakukan sekarang seperti belajar bersungguh2 memang akan membuahkan hasil, yang penting kita sentiasa ingat dan berdoa kepada ALLAH s.w.t

mama sayang kakak sampai bila2, jangan lah kakak sentap kalau mama peluk adik lebih2 atau cium adik lebih2, lagipun mama dah tade baby yg mama leh peluk, jd adik je lah sbb dia kecik sket dari kakak...peluk bdk besar dah tak berapa bes lar...tp mama peluk kakak jugak kan...bkn tak peluk langsung...

oleh itu SELAMAT HARI JADI atau dlm bahasa inggerisnya HAPPY BERFDAY... yang ke 10 tahun... dah besar dah anak mama ni... masa masih ingat lagi saat kakak dari dlm perut mama... masa begitu pantas berlalu...

Dah lama ku tinggalkan

aku masuk balik blog hari ini atas permintaan seorang sahabat yang cuba try test tengok kalau2 usaha dia nak cari pendapatan lebih dari blogging ni. so marilah kita sama2 support kawan2 yang memerlukan sokongan.

kepada suriati ibrahim... usaha sampai jaya...