Tuesday, February 22, 2011

DANISH MASUK SPITAL



Pembukaan tahun 2011 yang kurang menarik! Setakat entry ini ditulis dah dua kali danish masuk hospital, sekali bulan Jan, dan yang latest ni 16Feb haritu. Tempoh warded utk dua2 kes tersebut adalah 4 hari 3 malam. total RM yang terbang untuk kes pertama sebanyak Rm2700++ dan Rm3200++. tapi .... nasib baik bukan aku yang membayor nyer...theheheh... dan kebetulan pulak kedua2 kes checked in adalah pada hari Rabu membawak ke hari Sabtu...

adapun kompeni den sekarang sangat bermurah hati telah mengcover each dependent pekerja2 di kompeni dengan nilai rm30hibu satu kepala setahun. (tak ke banyak tu kan...) rugi la tak guna, kompeni dah bayar premium juta2 setahun...betul tak???

nak-nak pulak hospital yang dituju bertaraf "private". hmmmmhhh apa lagi, sakit sikit-wad! luka sikit-wad! asma-sikit-Wad! Gout-sikit-Wad! bagus betul lar marketing strategy derang nih, memang cepatlah doktor2 kat situ naik haji harapnya.

tp hospital private bes wa cakap lu, semua kemudahan tip-top, layanan A, makanan...hmhmm bolehlah...sedap lagi opah Nor masak...!!! tapi apadahal, free kan... bersyukur sajalah dengan nikmat yang Allah berikan...

first visit, Danish dpt adult ward, mcm tak bes lar sket sbb bdk kecik masuk wad org dewasa kan, so utk second visit aku insist utk children wad, memula dia kata fullybook, tp kalo lepas jam 3 adalah katanya, so aku kata..takpe, aku rela tunggu asalkan ada different environment. so aku checkin jam 9 mlm pada Rabu tu, sampai2 je terus Danish wat Sitz Bath Treatment-iaitu mandi didalam bathtub yg dicampur air ubat, nurse yang mandikan, dia tak kasi parents ikut, oklah, tade hal la...tp hari ketiga aku sendiri dpt mandikan danish kat room tu...

tapi aku perasan danish lepas daripada treatment kali ni, berat badan dia naik dan pipi dia sangat tembam uolsss... aku ingat bengkak, tapi dia kata tak sakit pun, opah Nor pun kata cam bengkak lak muka danish nih...aku tanya adik aku (zie) dia kata kesan ubat lar tuh, so dia jadi kuat makan, dan boleh jadi dia akan gemuk selepas ini... ok jugak, comel apa gemuk, aku suka je... beslar poluk2 cium2 budak gemuk kan.... asalkan bdk gemuk tu tak masham lar kan hehehe...

aku lupa plak ckp nama hospital tu, sebenarnya aku saja taknak cakap, sbb nanti macam promosi free2 plak kan.... lainlah kalo dia nak bagi aku elaun ke utk war2kan kebestan hospital dia tuh kan...hehehe so aku akan cakap sekali jer...


DEMC atau dalam perkataan penuhnya, DEMAM EKK... MC?

kui kui kui... gurau jerrr... korang cari sendiri la nama penuh spital tu, tapi dia kat area pusat bandar Shah Alam sinun... sapa orang Shah Alam tau lah...

so skang aku akan buat picture tale plak..sbb aku maleh dah nak mengarang...sila enjoice photos2 yg gua uploaded ini... adiosss
















A very comfy room for a kid like Danish


inilah bilik treatment tuh...








Danish sedang disuapkan Chipsmore, tak berenti2 makan dia ni skang, asyik lapar jer... Hasilnya ----------------------------------->


ko tengok lembu tu jelir kat aku...



aku pun balas lah balikkkkkk!!!!!


No comments: