ari sabtu malam minggu wak asem sewa bilik karaoke. tempatnya di klang parade tingkat 2. tempatnya ala exclusive. bilik2 private yg agak besar yg boleh masuk ramai sekali. wak booking dari jam 8.30mlm sampai 10.30mlm. tp rasanya kami (aku, MCC, dan anak2 Yong, Nasuha dan Aris) sampai jam 9mlm dari Meru. yang menariknya tempat ini boleh bawak anak2 ikut sekali masuk sbb ia adalah dikira sewaan bilik. sekecil2 anak pun boleh janji tak meragam lar,nnt kang susah nak berkaraoke ye tak.
dan lagi satu yg lagi bes, kita tak payah susah2 order air ngan derang kerana kita boleh beli dari luar dan masuk ke bilik tersebut. tetapi jangan nak melepasi batasan denganmembawa bekalan nasi lauk pauk dari rumah (seperti cadangan mak aku) ke dalam bilik itu. yang ringan2 sudah lah. nanti susah plak waiter tuh nak kemas kan. derang pun ada kije lain jugak. so picture tales lar yerkk...
Minuman dan jajan ditaja oleh aku yang berharga RM12 jer...
ROKOK!!! aku benci betul ngan bau rokok!!! harap2 org yang hisap rokok ini dikurniakan kesedaran yang tinggi utk berhenti merokok kay!
aku yang sedang membuat muka separa marah
Danish yang membuat muka separa tidur. Pandai berlakon dia nih.
Aku yang gemuk dan MCC yang menten kurus.
Yong, Nasuha dan Aris yang hebat sangat menyanyi pada malam itu
Macam mengantuk je muka masing2 tetapi kontrol sbb wak asem tak kasi balek selagi tak jam 10.30malam.
Sementara tunggu org nyanyi aku pulun amek gambar ler...Jemput minum semua!
Gambar tak jadi yg terpaksa take two oleh wak asem.
Yasmin yang tengah khusyuk tak hengat menyanyi! ni yang maleh bawak derang nih, abis dikonker nya mic.
MCC tengah tunggu turn nak nyanyi plak. MCC malam tuh belted out 3 lagu kut rasanya, power beb...sedap suara dia...serius wa cakap lu!!! lagu yg dia nyanyi malam tuh, lagu Jamal Abdillah, Saleem dan Bryan Adam.
tah lagu apa masa nih, aku pun dah tak hengat sangat...
Danish pun nak nyanyi jugak. lagu ayah dan ibu oleh allahyarham sudirman. betul!!!
mic masih dikonker oleh yasmin.
yasmin masih meneruskan konkeran mic.
bilik yang spacious yg boleh menempatkan max 20 orang rasanya.
Itu saja...
No comments:
Post a Comment